Make your own free website on Tripod.com
::..Warna Secara Am.::

Apa itu warna?

Alam semesta kita merupakan suatu medan magnet yang penuh dengan cas-cas positif dan negative dan ia selalu bergetar serta menghasilkan gelombang electromagnet. Setiap gelombang mempunyai panjang gelombang dan halaju getaran yang berbeza. Mereka bersama membentuk spectrum electromagnet.


Kita boleh melihat lebih kurang 40% daripada warna terkandung dalam cahaya matahari. Jadi walaupun cahaya putih dilihat sebagai tidak berwarna dan jernih, ia terbina oleh ‘getaran warna’ yang berterusan, yang mana ia bukan hanya sebagai gelombang tetapi juga ‘struktur korpuskular’("corpuscular structure."). Kecerahan tenaga cahaya putih asli matahari ini merupakan faktor dalaman dalam menyegarkan jiwa, raga, dan semangat kita, dan setiap getaran warna itu mempunyai kebolehan menyembuh yang tersendiri.

Warna dalam cahaya

Satu cara yang membolehkan warna dalam cahaya matahari dapat dilihat oleh kita ialah dengan melalukan cahaya putih tersebut melalui sebuah prisma. Disebabkan setiap warna itu mempunyai gelombang yang berbeza, ia terbias mengikut nilai sudut-sudut yang berbeza. Pelangi terbentuk apabila titisan air bertindak sebagai prisma semulajadi. Apabila cahaya matahari melalui titisan air tersebut, setiap sinar yang berbeza itu dibengkokkan dgn nilai yang berlainan, dan membentuk pelangi. Warna pelangi terbentuk dari satu formasi cahaya dan dikenali sebagai ‘warna benar’ (true hues).


Merah merupakan gelombang yang terpanjang boleh dilihat dan mempunyai frekuensi getaran yang terendah. Ia merupakan tenaga magnetic yang bersifat memanas dan menjana. Warna ungu pula merupakan gelombang terpendekdan mempunyai getaran terpantas. Ia bersifat menyejuk dan membersih.

Disebalik cahaya spektrum tampak

Selain cahaya tampak, terdapat banyak lagi gelombang yang tak dapat dilihat. Sinar ultraungu merupakan sinar selepas sahaja cahaya ungu (jadual berkala gelombang) dan semakin jauh selepas ini merupakan sinar elektromagnetik dengan frekuensi yang semakin meningkat dan gelombang menjadi semakin rendah; seperti sinar-x dan sinar gamma.

Di penghujung yang lain pula, cahaya inframerah ditemui selepas sahaja cahaya merah. Seperti merah, ia bersifat memanas walaupun ia mempunyai haba yang lebih tertumpu; yang mana ia diaplikasikan dalam lampu inframerah. Selepas cahaya inframerah pula merupakan sinar elektromagnetik dengan gelombang yang meningkat dan frekuensi yang semakin merendah; termasuklah gelombang radio.

Mistik telah lama mempercayai bahawa kita boleh melihat warna dengan baik selain warna yang tampak dengan membuka ‘mata ketiga’ semasa bermeditasi.

Membina warna

Cahaya putih boleh dipisahkan kepada 3 warna asas atau warna primer: merah-jingga, hijau, dan biru-ungu. Apabila warna ini dipancarkan bersama-sama (cth: jika seorang jurutera pencahayaan didalam sebuah teater sedang menumpukan ketiga-tiga ‘spotlight’ berwarna tersebut), warna putih akan terbentuk. Ia dipanggil warna campuran penambahan; yang mana bersabit secara langsung oleh ahli penyembuhan terapi warna dengan cahaya berwarna.

Warna warna yang digunakan sebagai bahan warna dalam mengecat,fabrik, dan bahan lain adalah berlainan; Ia diperolehi dari pengurangan cahaya. Kesan ini menghasilkan 3 jenis pigmen warna primer yang berlainan iaitu warna merah, biru, dan kuning. Ini terkandung dalam warna primer kerana mereka tidak dapat dihasilkan dari campuran warna lain. Apabila warna ini digabungkan, akan terhasilnya warna dalam variasi lain.

Roda warna

Jika semua warna disusun, ia akan membentuk roda warna. Setiap warna adalah saling berkaitan dan ada di antaranya dihasilkan melalui gabungan dua warna utama. Dengan itu, didapati roda warna mempunyai 3 pasang warna yang saling melengkapi.


Seperti kuasa magnet, positif dan negetif menarik antara satu sama lain, begitu juga dengan warna. Ini boleh dibuktikan apabila kita memerhati setiap warna satu persatu dan kemudian mengalihkan pandangan ke atas sekeping kertas putih. Dalam beberapa saat, selepas diimejkan, kita dapat melihat kaitan antara warna-warna tersebut.

Berpandukan roda warna, campuran antara 2 warna bersebelahan akan menghasilkan 12, 24, 48 jenis variasi.Juga boleh menghasilkan roda warna yang lain dengan menggunakan bahan aditif (bahan yang ditambah) ke atas cahaya warna. Terdapat 3 warna iaitu merah, biru,dan kuning. Manakala warna-warna sekunder adalah hijau, jingga dan merah lembayung/ungu. Jika satu warna-warna dicampurkan merah dan kuning akan menghasilkan jingga/oren, biru dan kuning menghasilkan hijau, merah dan biru menghasilkan ungu.

Asal usul maksud warna

Warna Putih

Perlindungan, kebersihan, penglihatan yang jelas, penyembuhan, penghasilan tenaga, keikhlasan, ketenangan, kesucian, keserhanaan, dan memangkinkan semua warna (sesuai dengan semua warna)

Warna Perak

Ketelusan, mempunyai kuasa psikik, menjelaskan gambaran dalaman, kemurnian, ketenteraman, penuh misteri (fikirkan tentang bulan)

Warna Emas

Hubungkait dengan kuasa maha tinggi, inspirasi agung, tenaga dalaman, tarikan, kepimpinan (fikirkan tentang matahari)

Merah

Perasaan yang meluap-luap, keberanian, tenaga, jantina, tarikan, kegahirahan, pertentangan jantina, penuh semangat, pendirian yang teguh, kasih sayang, kecergasan diri, kemesraan, tindakan (fikirkan tentang api)

Merah jambu/pink

Kasih sayang dan kasih yang romantik, belas kasihan, persahabatan, kefahaman, diplomasi, kesucian, kelembutan dan kewanitaan

Oren

Tenaga, daya tarikan, kebolehan mengawal diri, organisasi, harga diri, kemesraan, kelincahan, kegembiraan, kebaikan, kepekaan, kreativiti, kematangan, harvest (think of the harvest sun and moon)

Ungu

Kuasa, penyembuhan, magic, combatting, jangkitan dan penyakit, kerohanian, penyembuhan secara psikik, pengadilan, perayaan.
Kuning
tarikan, komunikasi, petah, daya fikir, keyakinan, pengembaraan, penumpuan, ketangkasan, inspirasi, kegembiraan, tuah, optimisme, kepercayaan, keseimbangan.

Hijau

Wang, kekayaan, penyembuhan, pertumbuhan, pekerjaan, kesuburan, kejayaan, kesihatan, harmoni, permulaan yang baru, pembaharuan (fikirkan tentang tumbuhan hijau)

Biru
Penyembuhan, rehat, damai, kebenaran, kebijaksanaan, kepelbagaian ekspressi, ketenangan, meditasi, harmoni, ketenteraman, kesolehan, kefahaman kerohanian, introspection (fikirkan tentang langit biru dan lautan)

Coklat
tanah, tetap, stabil, konsentrasi, penyembuhan, pembersihan, bekerja dengan binatang di rumah, kewanitaan (fikirkan tentang bumi)

Kelabu
Neutral, keseimbangan

Hitam
Menghilangkan, penyerapan yang negatif, exorcisms, kewujudan semua warna

Nota: tentang warna hitam: warna hitam tidak semestinya mempunyai makna yang negatif. Ia boleh digunakan sebagai perlindungan memandangkan ia dapat menyerap kuasa negatif, sama seperti kain hitam yang menyerap kepanasan waktu hari panas. Namun kekosongan yang terbentuk harus diisi dengan tenaga positif – sesuatu yang dapat dicapai dengan mencampurkan ia bersama warna-warna lain, seperti putih atau biru.


SIMBOL WARNA DAN RITUAL

Manusia selalu menganggap warna mempunyai simbol yang besar dan ada unsur keagamaan.Bagi manusia yang pertama wujud di bumi,warna bagi siang dan malam semuanya adalah penting.

Ketika siang hari,nenek-moyang kita boleh berburu dan melindungi diri mereka daripada musuh, jadi merahnya bumi dan kuningnya matahari mensimbolkan kehidupan, manakala biru-hitam pada malam hari berkaitan dengan keadaan pasif dan sunyi.

Kegelapan juga menakutkan dan merbahaya,warna terlalu gelap dikaitkan dengan kematian.Bagi sesetengah masyarakat,beberapa warna mempunyai kepentingan yang khusus.

Kehormatan sosial dan status ditandai oleh keseragaman warna di zaman Greek purba.Saintis seperti Empedocles dan ahli fizik Paracelus pada zaman Renaissance, juga berpendapat warna merupakan jiwa bagi kehidupan dan akar bagi kesemua yang wujud; EMPAT elemen seperti Bumi, Angin, Api, dan Air diberikan masing-masing warna kuning, hitam, merah dan putih.Akhirnya ramai artis dan ahli falsafah telah menghasilkan kualiti spiritual pada warna . warna tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya boleh dilihat dengan pandangan dalaman sebagai “third eyes’ (mata ketiga) yang terbuka.Putih dikaitkan dengan kebijaksanaan,kuning dikaitkan dengan semangat,dan biru dikaitkan dengan gerak hati.

Merah

Berdasarkan tradisi orang Hebrew, nama Adam (manusia pertama), bermaksud “merah” ataupun “hidup”,dan hingga kini,dalam beberapa bahasa Slovic, merah melambangkan “kehidupan” ataupun “kecantikkan”.Bagi orang Egypt purba, merah merupakan warna Ra,Tuhan Matahari,dan seterusnya pada zaman Roman,ianya(merah) dikaitkan dengan Mars,Tuhan Peperangan. Sehingga kini,merah masih lagi dikaitkan dengan peperangan; merah dan hitam pernah diambil sebagai warna bagi Revolusi Rusia dan seterusnya pada tahun 1930-an diambil oleh Nazi di Jerman.

Jingga dan kuning

Jingga merupakan warna bagi cinta dan kebahagiaan bagi orang Cina dan Jepun,manakala jingga bagi sami-sami Buddha mewakili kerendahan hati. Dalam sesetengah gambaran seperti Garden of Eden,jingga/oren atau lebih tepatnya sebiji epal ditunjukkan pada Tree of Knowledge (Pokok Ilmu).Bagi orang Hindu dan juga Cristian,warna kunig melambangkan kehidupan dan kebenaran.


Hijau

Dalam kedua-dua tradisi masyarakat Eropah dan Cina,hijau berkait rapat dengan musim bunga dan pertumbuhan yang baru.Hijau juga mewakili semangat dan kesuburan alam semulajadi,memberikan Northern Europe (Eropah utara) mitologi tentang Green Man,manakala bagi Greek purba ianya merupakan warna Venus,Tuhan Segala Cinta.Islam juga menganggap warna hijau sebagai yang menggambarkan kebesaran Allah yang mengwujudkan alam semulajadi yang subur dan hijau; jadi hijau merupakan warna suci. Dalam kristian St John menyaluti Jesus Christ dengan warna hijau, dan hijau adalah warna suci kristian

Biru

Ini adalah warna yang diberikan kepada Maria, yang popular dikalangan penganut katolik Eropah dikenali sebagai ‘Permaisuri Syurga,’ digambarkan memakai jubah berwarna biru melalui penampilannya. Menurut mitologi masyarakat Yunani dan Rom pula, dewa-dewa langit seperti Jupiter, Juno dan Mercury dikatakan mempunyai kaitan dengan warna biru. Dalam Kitab Lama masyarakat Yahudi, Tuhan yang Esa juga digambarkan dengan warna biru. Warna biru atau hijau kebiruan dalam agama Islam melambangkan agama itu sendiri berserta masyarakatnya dan warna-warna ini biasa digunakan sebagai hiasan untuk masjid. Warna biru juga merupakan simbol kedamaian, kebenaran serta kerjasama dan digunakan dalam bendera bangsa-bangsa bersatu dan merupakan warna latar bagi bendera orang-orang Eropah.

Ungu

Warna ungu biasanya dikaitkan dengan keagungan dan kerohanian. Raja-raja dan para pendeta memakai jubah berwarna ungu. Ini disebabkan, pada zaman dahulu, hanya golongan kaya sahaja yang mampu memiliki pencelup pakaian berwarna ungu yang mahal ini.Telah menjadi satu kelaziman membalut bayi yang baru dilahirkan menggunakan kain yang berwarna ungu untuk memperolehi kemakmuran dan kejayaan.

Hitam

Warna ini ialah warna bagi planet Saturn. Warna ini juga adalah warna bagi Dewa Pertanian masyarakat Rom yang mengadakan perayaan mereka pada pertengahan musim sejuk tetapi kemudiannya telah diubah menjadi hari natal. Pada zaman purba Mesir, warna ini adalah warna Dewi Perawan Hitam iaitu Isis yang menjadi lambang kesuburan Sungai Nil. Masyarakat Mesir zaman dahulu juga menganggap kucing yang berwarna hitam adalah suci. Kepercayaan ini kemudiannya telah dibawa ke Eropah.

Putih

Warna putih ialah warna untuk bulan. Pada zaman kegemilangan Rom, China dan India, ianya merupakan warna kematian. Tradisi bagi pengantin perempuan memakai pakaian putih pada hari perkahwinan mereka dikatakan berasal daripada Yunani purba. Rumah berhala yang diberikan khas kepada Dewi Athena, telah dicipta daripada batu marmar berwarna putih dan ini menunjukkan warna putih juga adalah sebagai tanda kesucian.

Psikologi warna

Kita semua tahu bahawa warna dapat mempengaruhi perasaan hati. Kita dapati ada warna yang dapat menaikkan semangat, menyemai rangsangan dan menekan perasaan. Kita biasa guna istilah seperti “feeling blue,” “yellow bellied,” “green with envy,” dan “seeing red” tanpa memikirkan makna yang tersirat. Perasaan dan emosi kita dipengaruhi secara langsung oleh keseimbangan atau ketidakseimbangan hormon dalam badan; maka tak hairanlah emosi dan perasaan hati kita dipengaruhi oleh warna. Ada warna yang dapat menenangkan fikiran kita, dan ada juga yang dapat merangsang aktiviti mental. Dengan mengimbangi “colour energy” yang mengalir ke pituitary (The master gland of the endocrine system0, keseimbangan metabolik dan emosi dapat dipulihkan. Ini dapat mengatasi masalah stress, ketegangan, kerisauan, kebimbangan dan kesedihan. Penggunaan warna untuk mengubah “energy” emosi akan menggubah pandangan seseorang terhadap dunia, dan pengalaman yang dilalui. Warna berhubung secara langsung dengan minda “subconscious” kita, justeru itu kita dapat menggunakannya untuk mengenalpasti dan merawat masalah pada tahap yang lebih tinggi.

Merah

Merah adalah warna yang berpengaruh tinggi dan dihubungkaitkan dengan daya hidup dan cita-cita. Ia dapat membantu mengatasi fikiran negatif. Namum ia dihubungkaitkan juga dengan kemarahan; jika kita memiliki terlalu banyak warna merah dalam sistem kita, kita akan rasa lekas marah, tidak sabar, dan tidak selesa.

Merah jambu

Warna ini dapat memberikan kelegaan, ketenangan, kemesraan dan “nurturing” (Raising someone to be an accepted member of the community). Ia menggurangkan rasa lekas marah dan agresif. Warna merah jambu akan memberikan kita rasa dicintai dan dilindungi. Ia juga mengatasi kesunyian, kekecewaan, “oversensitivity” dan mudah tersinggung.

Oren

Oren adalah warna yang dihubungkaitkan dengan keriangan. Ia membebaskan dan melepaskan perasaan dan meringankan rasa kasihankan diri sendiri, rendah diri dan tidak sudi memaafkan. Warna ini merangsang minda, memperbaharui minat terhadap hidup; ia juga berkesan sebagai “antidepressant” dan merangsangkan semangat. Warna oren-merah jambunya dan kuning kemerahan baik untuk kepenatan.


Kuning

Warna kuning adalah warna yang dikaitkan dengan kegembiraan, kecerahan dan menaikkan semangat, dan “celebration of sunny days”. Ia juga dihubungkaitkan dengan bahagian minda yang “intellectual”, dan penyaluran fikiran. Justeru itu, ia membantu membuat pertimbangan dan diskriminasi, kebolehan mengingati dan berfikiran waras, membuat keputusan dan pernilaian yang baik. Ia juga membantu mengatur penyusunan yang baik, penyerapan idea baru, dan kebolehan melihat pelbagai pendapat. Ia melahirkan kepercayaan kepada diri sendiri dan mengalaKkan sikap yang optimis. Namun begitu, warna kuning pudar adalah warna ketakutan.


Hijau

Hijau memiliki perhubungan yang rapat dengan alam, membantu kita meletakkan diri dalam kedudukan orang lain dan alam disekeliling kita. Secara semulajadi kita akan mencarinya bila dilanda ketegangan atau mengalami renjutan emosi. Warna ini melahirkan rasa keselesaan, istirihat, ketenangan, ruang, mengurangkan tekanan, menyeimbangkan dan melegakan perasaan. Warna hijau tua berguna untuk ketidakpastian dalam diri individu. Namun, bila warna hijau bertukar menjadi keruh, pudar atau hijau zaitun, ini menunjukkan kereputan. Warna hijau yang keruh boleh diibaratkan seperti daun kering yang gugur ke atas bumi yang melambangkan permulaan kematian, tidak mudah diperikan, tidak bersifat pendesak, dan penafian hidup dan keseronokkan. Warna hijau zaitun dan “lime” boleh menyebabkan kesan yang merbahaya ke atas kesihatan dari segi fizikal dan emosi, memandangkan warna “sickly yellow and green” dihubungkaitkan dengan perasaan cemburu, kemarahan, dan “possessiveness”.

Mengurangkan stress , mengimbangi dan menenangkan emosi. Hijau gelap dapat membantu mengatasi emosi yang tidak keruan.
Tetapi, apabila hijau menjadi keruh, pudar, atau hijau zaiton, ia menandakan reput, seperti dedaun yang berguguran ke bumi, muddy green menggambarkan permulaan sebuah kematian dan tidak mudah dilakarkan, unassertive dan penyangkalan terhadap kehidupan dan kebahagiaan. Lime dan olive green melambangkan kesan yang merbahaya kepada kesihatan fizikal dan mental manakala sickly-yellow dan hijau pula dikaitkan dengan perasaan cemburu atau iri hati dan kemarahan.

Turquoise

Kita mengaitkan blue green dengan keadaan laut yang segar dan sejuk berdasarkan kesejukan dan ketenteramannya. Seperti hijau, warna turquoise juga adalah baik untuk ketegangan mental dan keletihan atau feeling washed-out. Warna turquoise ini baik juga untuk kesunyian selain meningkatkan komunikasi, kepekaan dan kreativiti.

Biru

Biru adalah warna yang sejuk, tenang, dan dikaitkan dengan a higher part of the mind than yellow. Ia menggambarkan keadaan malam yang membuatkan kita berasa lebih tenteram dan bersantai sama seperti berasa tenteram pada waktu malam yang kelam. Biru cerah dan lembut membuatkan kita dapat merasakan ketenangan dan terhindar daripada segala kesibukan aktivti harian dan meredakan penyakit insomnia.

Biru berperanan dalam pengawalan mental, clarity dan kreativiti. Midnight blue mempunyai kesan yang menenangkan kepada minda, membenarkan kita untuk berhubung dengan kata hati dan sifat kewanitaan. Walaubagaimanapun, biru yang terlalu gelap boleh membawa kepada tekanan.

Indigo, Violet dan Ungu.

Indigo, Violet dan Ungu mempunyai kesan yang mendalam kepada jiwa dan digunakan dalam bidang rawatan sakit jiwa untuk membantu menenangkan dan mententeramkan pesakit yang menghadapi tekanan dan pengendalian perasaan mudah gemuruh. Warna-warna ini mengimbangi minda dan juga membantu dalam mengatasi obsesi dan kebimbangan.

Indigo merupakan warna yang dianggap berkuasa dan dikaitkan dengan otak kanan yang mendorong kata hati dan imaginasi. Ia juga mempunyai kesan untuk menenangkan. Violet dan ungu adalah warna-warna of transformation at a very deep level, memberi keamanan dan combating shock and fear. Warna-warna ini juga mampu mengatasi gangguan emosi. Ia juga dikaitkan dengan seni dan muzik, misteri dan kepekaan kepada kecantikan serta keunggulan, mendorong kreativiti, inspirasi, kepekaan, kejiwaan dan belas kasihan. Walaubagaimanapun, violet boleh digunakan untuk mempengaruhi jiwa dengan menarik individu kehidupan alam fantasi. Ungu juga dikaitkan dengan perlindungan jiwa.

Magenta

Apabila kita berasa muram dan risau tentang keadaan kita atau berasa marah dan kecewa, warna ini dapat mengendurkan perasaan tersebut dan akan menaikkan semangat kembali, dikaitkan dengan belas kasihan, pembawa semangat atau sokongan dan baik hati.

Dari sudut negatif pula, seperti violet, magenta membuatkan kita berhasrat untuk meninggalkan dunia yang penuh dengan desakan dan mengelakkan cabaran. Ia juga dapat merehatkan. Jadi, elakkan warna ini ketika anda dalam keadaan tekanan jiwa yang kronik.

Putih

Warna putih dianggap sebagai warna yang paling suci.Ia membawa kepada maksud perlindungan, keamanan dan selesa, mengurangkan tekanan emosi dan putus asa, dan membantu dalam membersihkan emosi yang bersifat dalaman, pemikiran dan juga semangat. Jika anda memerlukan ruang dan masa untuk mengenangkan kembali kehidupan anda, warna putih dapat memberikan rasa kebebasan dan kemesraan. Walaubagaimanapun, terlalu banyak putih boleh membawa kepada sejuk dan terasing, kerana putih membezakan kita antara satu sama lain.

Hitam

Warna ini adalah bersifat selesa,perlindungan dan penuh misteri.Ini adalah sekutu dengan sunyi,infiniti dan sifat wanita dalam kehidupan yang tertekan-pasif,tidak bercarta dan penuh misteri.Warna hitam boleh juga melarang kita dari segi pertumbuhan dan perubahan.Kita sentiasa menyembunyikan kita sendiri dalam keadaan hitam demi mengelakkan diri demi terhadap dunia yang sebenar.

Gray/Kelabu

Warna ini adalah sekutu dengan berdikari,sikap bergantung pada diri sendiri, pengawalan dari segi perasaan, kelabu juga berperanan sebagai perlindung dari pengaruhan luar.Bagaimanapun,warna kelabu biasanya mendatangkan perasaan negative-awam yang warna kelabu tua,kabus dan jerebu. Kelabu ialah warna bersifat hindaran dan kebebasan. sifat kesunyian tidak dapat dielakkan.

Perak (silver)

Perak adalah warna bulan di mana selalu mengalami perubahan.Ini berhubung dengan prinsip sifat wanita dan emosi,sensitif dari segi pemikiran.Ini adalah seimbang,harmoni dan juga menyucikan mental.

Emas

Serupa dengan warna kuning,emas adalah sekutu dengan matahari dan kemudian berhubung dengan keadaan berlimpah-limpah dan kuasa,idea yang mulia, kebijaksanaan dan cerdik. Ini adalah kecergasan mental,m ’ engergizing’ dan sedia menbantu dalam perasaan ketakutan,keraguan dan kekurangan. Emas pucat adalah amat untuk kesedihan dan menajamkan pemikiran.

Brown/Coklat

Warna coklat ialah warna semula jadi(warna tanah).Coklat bermaksud kemantapan meringankan rasa ketidakselamatan.B agaimanapun,ini juga berhubung untuk menyembunyikan emosi, mengelakkan dari segi ketakutan terhadap dunia luar dan juga kesempitan fikiran.ini adalah kesan daripada kekurangan penghargaan diri sendiri.

Perawatan melalui aura.?

Untuk memahami warna perubatan dengan tepat,kita perlu memahami konsep aura.Berdasarkan konsep,kita bukan hanya ada satu jasad fizikal tetapi ada beberapa jasad fizikal yang halus di mana mehubungkan dengan emosi, mental dan tahap kerohanian kita sendiri.

Ini adalah dalam getaran yang melampau kepantasan dan tidak dapat dinampak oleh manusia dan sinaran warna getaran ,di mana disebarkan di sekitar kita dalam lingkaran cahaya aura.Aura adalah memutuskan tiga lapisan nyata atau penyinaran luar jasad halus dari jasad fizikal.Jasad fizikal adalah sangat padat yang dapat dinampak manakala jasad halus tidak dapat dinampak oleh semua pihak kecuali mereka yang mempunyai khayalan’kejiwaan’.Sungguhpun profesion perubatan ortodoks di Barat dengan konsisten menafikan keperluan terhadap aura dan jasad halus, ilmu pengetahuan dari mereka adalah tertuntut oleh penyembuh dan orang yang mempunyai kuasa khayalan yang beratus-ratus tahun.


Gelombang Aura

Gelombang pertama yang bergetar dalam aura ialah tenaga gelombang yang kecil yang dikenali sebagai jasad aura atasan, di mana ia tepat-tepat diduplikasikan daripada fizikal badan. Ini kerana ia bergetar pada kadar yang tinggi dan bertukar menjadi halimunan pada pandangan mata kasar. Jasad udara atasan tersebut akan menapis dengan membenarkan getaran tersebut melalui jasad yang tidak ketara dengan mengalir kedalam fizikal badan dan getaran daripada fizikal badan tersebut akan mengalir keluar.

Tenaga gelombang yang kedua dalam aura ialah berkenaan dengan perasaan badan. Aura tersebut akan bertambah ke sekeliling badan kita sehingga mencapai hampir satu meter dan ia akan menukar penyusunan warna yang akan memberi kesan kepada perasaan dan mood. Untuk menambah perasaan badan ke sekeliling ialah mental badan dan tenaga gelombang warna ini dipenuhi dengan tenaga gelombang pemikiran kita. Tenaga mental ini adalah saling bertindak balas dengan perasaan badan dan jasad udara atasan. Maka, ia boleh dipengaruhi oleh sejenis tenaga keseimbangan dalam lingkungan ini. Jika kita selalu memikirkan sesuatu yang negatif, ini akan menyebabkan ia akan menembusi dalam jasad dengn tidak ketara dan kita akan dipengaruhi secara tepat ke atas perasaan dan fizikal badan yang sedia ada.

Aura kita diperbuat daripada pelbagai getaran warna yang indah dan menarik yang akan membentuk seperti telur disekeliling badan kita. Warna aura tersebut akan melambangkan fizkal, perasaan, mental dan semangat yang nyata.

Tenaga yang penting daripada sinaran ini mengandungi tujuh komponen warna dengan menyediakan kesegaran kepada kita yang diperlukan agar kita dalam keadaan yang sihat. Tetapi tekanan ‘hidup memberi’ wujud dalam tujuh penyembuhan sinaran di mana ia akan menjadi sekatan apabila ketidakseimbangan berlaku dalam tenaga tersebut. Apabila perkara ini berlaku, sesetengah tenaga warna akan membina suatu tenaga pusat daripada badan yang dipanggil chackras dan warna yang lain akan mengurangkan jumlah tenaga masing-masing. Masalah yang berlaku di sebarang kawasan ini akan menunjukkan kebenjolan atau corak di dalam bentuk aura dan tenaga yang tidak benar ini akan ditunjuk di sana juga. Berikutnya, fizikal badan kita akan mentafsir ketidakseimbangan tenaga ini sebagai satu kesakitan fizikal dengan menunjukkan secara jelas bahawa kesemua tanda-tanda kesusahan.

Fizikal kita tidak boleh wujud dalam bentuk pemencilan daripada mental, perasaan dan semangat badan kita. Aspek-aspek ini adalah daripada jiwa kita yang acapkali berhubung kait antara satu sama lain. Kebanyakan perasaan fizikal kita telah diubah daripada pemikiran dan harapan kita. Dengan itu, kita perlu membina kekuatan mental dan menukarkan pengaruh gerak hati kita kepada warna di dalam aura, iaitu penukaran harapan dari negatif kepada positif.



‘Aura’ Warna

Apabila anda memiliki keseimbangan yang baik dalam kesihatan, aura kita akan kelihatan seperti pelangi indah yang membenarkan sinar kosmos menyinari diri kita tanpa halangan.Sebaik sahaja kita menyerahkan getaran warna,secara tidak langsung kita juga meyerap tenaga cahaya melalui aura kita. Tenaga cahaya kelihatan tegang dalam telur aura,ia Kelihatan seperti prisma yang memancarkan cahaya daripada warna-warna yang terdapat di dalamnya.

Menentukan Warna Jiwa Anda

Warna-warna yang diminati kita dalam suatu jangka masa yang panjang adalah berkaitan dengan personaliti, kekuatan dan kelemahan. Semua ini akan menunjukkan keupayaan kita dalam kehidupan.

Sesuatu warna yang digemari dan kekal dalam pilihan kita dikenali sebagai warna jiwa. Pada asasnya,warna-warna ini menunjukan kualiti diri dan sifat dalaman seseorang.Ia juga menunjukan cabaran yang kita hadapi akibat kelemahan diri.Cuba lihat pada warna pakaian anda sehari-hari,ini akan membantu anda mendedahkan ciri-ciri dalam diri. Di bawah ini merupakan analisis yang telah dibuat berdasarkan pelbagai ujian psikologi termasuklah ujian Max Luscher.Ujian ini dijalankan oleh para doctor sakit jiwa, ahli psikologi dan tabib untuk membantu mereka mendapatkan maklumat yang tepat mengenai seseorang berdasarkan pilihan warnanya.


Sekiranya anda megemari pakaian berwarna merah….

Anda merupakan seseorang yang suka mendesak, mudah diransang dan lincah. Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan selalu inginkan sesuatu perkara, itu berlaku dengan pantas.Anda akan pastikan diri anda sentisa lakukan yang terbaik dalam semua hal. Anda merupakan seorang yang tidak peka terhadap perasaan orang lain apabila anda menjadi daya tarikan utama.belajarlah menjadi seorang pendengar yang baik. Merah melambangkan paksaan dalam hidup.Melalui tindakan anda yang mencemas akan mendesak anda untuk membuat keputusan dan berjaya.S

Sekira memakai pakaian berwarna merah menjadi tabiat anda maka ini menunjukan anda mementingkan keinginan seksual dan ghairah. Semangat tersebut elok digunakan dalam usaha yang kreatif,kepimpinan,pembangunan dan perkembangan. Anda seorang yang berani dan peramah ,tetapi cenderung untuk menjadi seorang yang pemarah sekiranya tidak mencapai kehendak sendiri.Belanjarlah menjadi seorang yang sabar.Warna maroon dan merah bata mengambarkan anda seorang yang ceria tetapi berhati-hati kerana anda juga bersifat pemarah dan selalu berprasangka terhadap orang lain.

Sekiranya anda mengemari pakaian berwana merah jambu…..

Anda merupakan seorang yang penyayang, mencintai alam sekitar,ini membuatkan anda seorang yang cepat bersimpati dan memahami.Anda akan menunjukan kelemahan diri apabila tidak dapat mengawal perasaan sendiri.Anda memerlukan sokongan daripada orang sekeliling anda dan kadang-kadang bersifat kebudak-budakan.Anda belajar menyayangi dan menghargai diri sendiri.Sekiranya anda banyak bergantung pada diri sendiri anda akan kelihatan menarik dan tunjukan kemesraan dan kasih saying anda.

Jika anda memakai pakaian berwarna oren….

Anda adalah seorang yang berkebolehan,mempengaruhi sikap orang lain,serta kurang sabar. Anda juga seorang yang berdikari,mempunyai perancangan dan mampu memotivasikan diri sendiri. Warna Oren melambangkan individu yang pratikal dan kreatif. Anda seorang yang bertenaga,tetapi kadang-kadang anda akan dilanda gelisah. Anda mempunyai keinginan yang tinggi serta berusaha untuk aktif dan mampu bersaing. Anda juga seorang yang periang serta boleh menguasai orang lain. Oren cerah dan Oren menyala boleh membuatkan anda berasa hampa atau gagal. Bagi mengubah peribadi anda ke arah yang lebih lembut,anda boleh memakai pakaian berwarna kuning kemerahan.

Jika anda memakai pakaian berwarna kuning….
Anda seorang yang penuh minat dan peransang. Anda gemar menjadi aktif dan terlibat dalam apa jua aktiviti. Berbekalkan semangat dan keperluan yang tinggi,anda boleh menghadapi cabaran dalam kehidupan. Kuning cerah melambangkan sikap yang spontan dan kebolehan berkomunikasi. Anda seorang yang aktif dan,bercita-cita tinggi dan sentiasa melakukan penyelidikan. Terdapat keinginan serta harapan untuk mencapai kegembiraan, yang sering menimbulkan sedikit konflik pada diri anda yang memerlukan ketenangan. Kuning melambangkan baru, moden, mengalami perkembangan dan belum mempunyai bentuk, serta mampu menghasilkan idea dari pemikiran yang tinggi.

Jika anda memakai pakaian berwarna hijau….

Anda seorang yang berwaspada dan tidak mudah mempercayai orang lain. Anda melihat kehidupan dengan teliti,tetapi tidak ingin untuk terlibat lebih dari yang diperlukan. Kehidupan yang sunyi lebih sesuai bagi anda. Anda merupakan seorang yang murah hati,berperikemanusiaan, serta membantu orang lain untuk mengubah sikap. Jika anda memakai pakaian berwarna hijau kebiruan, anda memerlukan persekitaran yang aman, keinginan mendapatkan ketenangan, serta bebas dari konflik ataupun ketidakpuasan hati anda. Anda sukar untuk mengawal keadaan tersebut menyebabkan ia menimbulkan masalah. Anda seorang yang sensitif dan ia boleh dilihat dari pandangan mata anda. Untuk membantu diri anda membina sikap yang optimis,anda boleh cuba untuk memakai pakaian berwarna kuning pucat dan hijau.

Jika anda memakai pakaian berwarna biru lembut….

Anda seorang yang kreatif, mudah mengerti serta sensitif. Anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa pratikal di dalam kehidupan. Teguran anda adalah secara teliti,anda merupakan penasihat yang baik kerana anda menggunakan pengetahuan anda untuk menyelesaikan masalah. Anda gemar melakukan aktiviti anda mengikut kesesuaian masa anda serta tidak terburu-buru. Anda memerlukan penjagaan keselamatan serta persekitaran yang aman.

Jika anda memakai pakaian berwarna biru gelap….

Anda seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi,serta mempunyai perasaan yang mendalam. Anda merasakan anda bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok membuat pilihan. Anda memerlukan persekitaran yang tenang,serta dibelai dengan kasih sayang. Anda sering terganggu dengan orang yang bising. Anda mungkin menderita akibat sakit mental jika kurang beriadah serta rehat. Cuba memakai pakaian yang berwarna biru kehijauan atau hijau untuk membantu mengembalikan keyakinan anda serta mempertingkatkan kesihatan anda.

Jika anda memakai pakaian berwarna ungu kebiruan….

Anda seorang yang sensitif serta mudah bersimpati menyebabkan anda mudah dipergunakan. Anda seharusnya berhati-hati ketika memilih sahabat yang sensitif seperti anda. Untuk sentiasa gembira,bekerja dimana anda rasa anda diperlukan. Anda boleh cuba memakai pakaian yang berwarna ungu kemerahan atau merah tua,dimana terdapat lebih banyak warna merah. Ini kerana ia mampu meningkatkan keyakinan diri anda serta melindungi perasaan anda.

Jika anda memakai pakaian berwarna ungu…

Anda seorang yang berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati,mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi. Anda berminat untuk berjaya dalam semua bidang,termasuk sahabat anda. Insan yang lain tidak menarik minat anda kecuali terpaksa. Berhati-hati agar anda tidak bersikap bongkak. Cuba luangkan masa anda untuk mendengar. Bunga Orkid,Violet atau Grape boleh membuatkan anda terpegun dengan kepercayaan system,peraturan dan kekerapan orang lain. Cuba bersikap sensitive terhadap diri dan kepercayaan anda. Amalkan Yoga atau pertapaan untuk menenangkan minda anda.


Sekiranya anda berpakaian putih…

Putih merangkumi segala warna yang lain dalam spektrum.Ini menunjukkan anda mempunyai keperibadian yang positif,matang dan optimistik.Anda seorang penyendiri,bahkan mungkin menjadi sunyi.Anda mencari suatu gaya hidup yang sederhana dan terbebas daripada tekanan luar.Walaupun anda memilih sesuatu warna yang begitu sederhana dan tulen sahaja,namun ianya yang mencapai pengiktirafan.Anda mungkin sedang mengalami suatu tempoh peralihan dengan buah fikiran baru yang belum diterbit.Untuk berfikiran terbuka dan menjadi peramah,putihkanlah segala benda yang boleh.

Sekiranya anda berpakaian kelabu…

Anda seorang yang sangat tersendiri.Ramai orang mungkin akan berpendapat bahawa anda terlalu yakin pada diri sendiri kerana anda mempunyai kawalan diri yang kuat dan lebih cenderung kekal diri daripada menjalin perhubungan rapat dengan orang lain.

Mereka yang suka berpakaian kelabu berkecenderungan mengasingkan diri mereka,yang telah menyebabkan kesunyian.Anda mungkin menjadi pasif kerana anda rasa bertekanan dan terlalu membebani.Anda dikehendaki berehat,melakukan kegiatan bersantai dan melepaskan diri daripada tekanan harian.Kemungkinan anda memerlukan suatu masa untuk berehat di lautan atau kawasan desa.Mereka yang berpakaian kelabu selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.Oleh itu,mereka yang tidak berupaya membuat pertimbangan dan berusaha sedaya-upaya dalam membuat pendapat sendiri mestilah memilih pakaian kelabu.

Sekiranya anda berpakaian perang…

Perang mengatakan bahawa orang itu jujur,bersifat realistik,suka gaya hidup yang berstruktur dan tolong-menolong.Sebagai peminat kepada segala kebaikan yang diperoleh daripada hidup,anda sentiasa membelai rasa,menghargai makanan,minuman dan juga rakan yang baik.Perang pelambang bumi kita.Warna ini bersifat pelindung,nanum begitu anda mungkin akan memendam emosi atau rahsia yang dapat menyebabkan anda berundur diri and takut dunia luar.Oleh sebab itu,anda akan rasa mendapat perlindungan dengan berpakaian perang atau selut.Ini menunjukkan suatu keinginan untuk berperasaan terjamin dan diterima oleh dunia ini.Anda perlu memahami harga diri dan menangkis fikiran yang sempit.

Sekiranya anda berpakaian hitam…

Anda mempunyai semangat yang kuat,terlalu yakin pada pendapat diri anda dan berdisiplin.Anda mungkin juga sangat degil dan berdikari.Berhati-hati,itulah bukan suatu taktik mempertahankan diri.Kemungkinan anda kekurangan keyakinan dan keupayaan untuk mengendalikan kehidupan anda dengan cekap.Hitam menyebabkan anda kelihatan matang dan menyelubangkan diri anda ketika menyedari akan identiti yang sebenarnya.Hitam juga mewakili perbuatan tidak mengaku,atau dengan kata lain,penyerahan diri yang terakhir.Mereka yang memilih hitam sentiasa ingin menolak segala daripada perlindungan yang kuat.Pakai pakaian hitam dalam situasi yang tertentu menunjukkan anda mempunyai kawalan pada diri mengikut imej berkomunikasi.


Cakra

Setiap getaran warna adalah menyerap ke dalam badan melalui tujuh sistem tenaga pusat badan pada titik yang berbeza di sepanjang tulang belakang, cakra, yang mana ia adalah saluran terus ke pusat saraf.



Setiap cakra menyerap sedikit gegaran daripada cahaya dalam bentuk satu sinaran warna major dan tersebar melalui badan. Jika daya tenaga dihalang oleh sesuatu paras, daya tenaga tidak dapat membina tenaga pada aras tersebut. Ini kerana gelombang yang tidak tepat dan bermula kesan kepada kawasan yang lain pada manusia. Pada sesuatu gegaran warna yang mana cakra akan sensitif dan boleh digunakan sebagai sumber tenaga dan mengimbangkan sistem pusat dan merehatkan sistem badan, organ dan kelenjar. Setiap sistem pusat menarik sinaran berikut:

Merah : berlokasi di bahagian bawah pusat dasar tulang belakang.

Oren: pusat splenic kecil di belakang.

Kuning: Pertengahan tulang belakang, the solar plexus

Hijau: Di pusat hati diantara bahu

Biru: Bahagian tekak/ thyroid di bahagian dasar tengkorak

Indigo:mata hati/ketiga,kelenjar pineal

Violet: Mahkota kepala, kelenjar pituitary

Setiap warna mempengaruhi pusat tenaga di sekelilingnya dan sesetengah pusat tenaga berupaya mengimbangi serta mempengaruhi antara satu sama lain. Contohnya, warna kuning berkait dengan sistem penghadaman namun warna hijau dan oren turut berpengaruh dalam sistem tersebut.

Terdapat 3 cara untuk mendapat dan menarik warna harmoni ke dalam etheric body.

1)Pertama, dengan membuka charkas supaya tenaga cahaya boleh mengalir dengan bebas ke seluruh badan. selepas itu tenaga ini boleh dikawal sama ada melalui minda atau tangan (contohnya sentuhan).Kita boleh merawat diri sendiri atau orang lain dengan cara ini.

2) Kedua, ialah menggunakan instrumen cahaya untuk mendedahkan keseluruhan aura tersebut ke tenaga warna. Ini dikenali sebagai colour irradation.

3)Dikenali sebagai chromatherapy Melibatkan penumpuan cahaya ke bahagian charkas atau ke bahagian badan tertentu yang bertujuan untuk menyembuhkan bahagian tersebut.Sekiranya pusat tenaga ditumpukan pada satu titik, ia akan bertindak seperti cahaya laser. Gerakan molekul tersebut boleh digunakan untuk merangsang acupressure point atau foot reflex. Jari juga boleh digunakan untuk memberi tekanan pada bahagian tengah badan, muka, tangan dan kaki menyebabkan otak (minda) menghantar pusat tenaga ke bahagian tersebut.

Jadual menunjukkan warna-warna tertentu yang mempengaruhi bahagian –bahagian badan yang khusus, system badan cakras dan kelenjar

Body Power Centers and Colours
Colour
Energy Center
Glands
Organs
Body Systems
red
base
adrenals
kidneys
muscular, system, arterial blood
orange
sacral (hara, dantian)
reproductive organs
ovaries, testes, stomach, colon
reproductive system
yellow
solar plexus
pancreas
liver, gall bladder, spleen
digestive system, nervous systems
green
heart
thymus
heart, lower lung
circulatory system, parasympathetic nervous system
blue
throat
thyroid, parathyroids
throat, upper lung
respiratory system
indigo
third eye

pituitary
eyes, nose, ears
skeletal system, venous blood
violet
crown
pineal
brain
central nervous system
magenta
etheric/spirit
glands related to meridian
acupuncture points, foot reflexes
meridian system

 

Warna yang tidak digemari

Anda boleh mencari sesuatu kelemahan dalam diri dengan melihat warna yang anda tidak minati. Warna yang tidak digemari dapat membantu menentukan perihal diri anda seperti mudah tersinggung. Sebagai contoh,jika tidak gemar warna merah jambu, anda benci di dalam situasi dimana bergantung pada orang lain, jika warna merah tua,mungkin anda akan rasa marah pada orang sekeliling.Sesetengah warna yang tidak digemari juga menerangkan kita kepada tenaga dalaman sistem.

Warna menggambarkan kebaikan mahupun keburukan, seperti kesemua di alam semesta yang dijadikan oleh kedua-dua kualiti iaitu positif dan negative. Asasnya, walaupun begitu, warna jelas terang atau cahaya adalah pantulan dari aspek yang positif, manakala warna gelap versi keruh adalah pantulan yang sebaliknya iaitu aspek negatif.

KESATUAN TENAGA WARNA
Merah

Penolakan penderitaan, kekalahan atau sakit fizikal
Merah Jambu
Perasaan yang tidak damai dengan ibu bapa
Oren
Kepenatan minda dan fizikal
Emas
Penolakan kekayaan benda atau kerohanian
Kuning
Penderitaan akibat kekecewaan dan kehilangan kuasa keupayaan diri
Hijau


Keseorangan, duka, penolakan atau gangguan emosi
Biru

Takut akan kegagalan atau kehilangan, kekayaan,taraf atau kedudukan
Hijau kebiru-biruan
Perasaan tertutup,takut akan perubahan, terlampau emosi tentang cara hidup yang membosankan
Biru kehitaman

Seseorang yang tidak setia, mengecewakan dan hilang kepercayaan
Ungu

Perasaan terperangkap oleh hak orang lain dan pergerakan yang kreatif
Hitam

Keinginan untuk menguasai dan bukan melepaskan kuasa sendiri
Putih

Perlu sampai kepada satu keputusan dan membuat pemecahan yang bersih
Coklat

Berusaha untuk berdikari, perubahan dalam perangai
Kelabu

Memerlukan kerjasama dan sokongan dari kawan dan keluarga

 

Merasai Warna Melalui Kulit


Cahaya juga memasuki badan kita melalui kulit. Kita telah mempunyai semua pengalaman kehangatan atau kedinginan, dan sesungguhnya sinaran cahaya infra merah yang bernyala akan memberi kesan bila kita keluar berjemur di matahari untuk masa yang terlalu lama. Bahkan bila kita memakai pakaian, kita masih mempunyai perasaan sensitif yang natural kepada jarak gelombang warna.

Kita hanya sedar akan kesan tenaga warna melalui kulit kita, bila kita memakai pakaian yang tidak selesa untuk di pakai, kita akan rasa hangat, atau relax dan atau yakin.Ia bukan sahaja kerana tekstur fabrik tersebut tetapi juga terkandung tenaga yang berbeza didalam warna yang memberi kesan kepada kita.

Ramai orang buta mampu untuk membezakan warna dengan melalukan jari atau tangan mereka diatas objek dan sebenarnya merasai kualiti sesuatu warna.Sesetengah warna rasa panas sementara yang lain seolah-olah sejuk; kerap kali juga orang yang tidak mempunyai daya penglihatan menggambarkan warna dengan tekstur dan rasa warna tersebut.

Di Russia, orang buta telah diajar untuk mengenali warna melalui tangan mereka. Ia hanya mengambil beberapa minggu pengajaran sahaja. Seperti menunggang basikal, kemahiran ini tidak pernah hilang.

Anda boleh mencuba uji kaji ini sendiri dengan memotong sedikit kertas bewarna terang atau segiempat kain jalinan. Tutup mata anda dan pegang tangan anda diatas setiap segiempat secara bergilir-gilir, cuba untuk merasai kualiti setiap warna.Anda pasti akan terkejut betapa mudah untuk membezakan antara warna hangat dan sejuk.