Make your own free website on Tripod.com
::.Pengenalan.::

Alam semulajadi telah mengurniai kita dengan warna-warna untuk keperluan fizikal dan rohani kita. Ia menyumbangkan seluruh sistem badan dengan membekalkan tenaga yang penuh hikmah dan tidak boleh kurang dalam kehidupan seharian. kita secara aktif atau pasif bertindak balas terhadap warna dalam segala tugasan harian kita. Gelombang cahaya membawa kesan keatas kita sepanjang masa dan menembusi sistem kecerdasan kita tidak kira samada kita sedang tidur atau pun kita seorang buta.

Sinar cahaya memberi kesan keatas pertumbuhan, tekanan darah, suhu badan, aktiviti otot, pola tidur dan system ketahanan kita. Sinar berwarna ini bukan sahaja membawa kesan keatas fizikal kita, malah emosi, mood dan mentaliti kita.

Kita sering mempunyai suatu hubungan secara peribadi terhadap warna. Kita sering memberi diri kita suatu rawatan warna dengan mendedahkan diri kita kepada warna tertentu dalam rumah atau perkarangan rumah. Walaupun begitu, reaksi kita terhadap warna tersebut ialah secara tidak sedar dan kita boleh menggunakan kuasa ini untuk memperbaiki kualiti hidup dan kesejahteraan kita.

Terapat banyak cara untuk memperkenalkan warna ke dalam system kita. Dengan memahami maksud dan kesan-kesan fisiologi dan psikologi yang dibawa oleh warna, anda berupaya memilih warna yang dapat memupuk kemakmuran, kejayaan, pertumbuhan personal, keyakinan diri dan membebaskan tenaga kekriatifan anda untuk pakaian, tempat tinggal dan persekitaran kerja anda serta taman bunga. Anda juga boleh mendapatkan tenaga warna yang terdapat dalam makanan dan minuman. Pokoknya, semua orang boleh belajar menggunakan warna untuk mendapatkan lebih kenikmatan dan kepuasan dari hidup.

Akhir sekali, kita boleh menggunakan teknik-teknik perawatan yang melibatkan penggunaan warna untuk mengekalkan kesihatan dan keseimbangan pada diri kita. Penggunaan warna untuk merawat bukanlah suatu idea baru. Sebenarnya telah terdapat banyak kaedah kuno yang telah dibangunkan di serata dunia yang melibatkan penggunaan warna dalam perawatan. Kita Cuma sekadar memperkenalkan ilmu ini semula dan para penyelidik warna dan ahli terapi kini menggunakan kaedah perawatan yang melibatkan penggunaan warna yang sejajar dengan zaman kini. Anda tidak perlu menjadi seorang pakar terapi terlatih untuk menikmati kebaikan terapi warna. Asas bagi badan yang sihat adalah selalu berkait rapat dengan keseimbangan dan keharmonian dalam mental dan fizikal. Jadi bolehlah kita memperkenalkan tenaga warna ke dalam system kita pada bila-bila masa kita berasa lesu dan pudar. Walaupun cahaya boleh diukur dan dimanipulasikan dalam bentuk fizikal, ia juga mempunyai nilai-nilai kerohanian yang sering menjadi sumber inspirasi dan kekaguman.